Adakah hati ini masih bercahaya atau kelam dengan suraman tidak bermaya?
Tepuk dada tanyalah Iman. Siapakah kita ini? Apa tujuan kita hidup di dunia? Adakah semata-mata mahu hidup bahagia, berseronok dan mati begitu sahaja? Adakah kehidupan itu seboring sebegini rupa? Tengah kita bergembira ia berakhir dalam sekelip mata?
Bagi orang-orang yang berfikir tentulah ia tak akan menerima plot kehidupan begini. Mereka semestinya mahukan kesudahan yang bahagia dan berkekalan. Macam tengok movie, siapa mahu Hero mati di pengakhiran cerita. Tentu sekali terbakar panggung dibuatnya.
Begitulah kehidupan ini. Walaupun kehidupan kita di dunia ini sementara, akan ada Kehidupan yang berkekalan di sana, iaitu Akhirat. Yang menjanjikan kebahagiaan bagi orang-orang yang beriman dan kesengsaraan bagi yang Mungkar.
Jadi, apakah persediaan kita untuk hidup berkekalan, bahagia di sana?
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam
secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan.
Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu
menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
(Al Baqarah: 208-209)
No comments:
Post a Comment