Thursday, December 22, 2011

Tamat Kontrak

Pejam celik pejam celik dah nak habis kontrak aku kerja kat Jabatan Pelajaran Perlis ni. kejap je rasa. Sepatutnya kontrak aku habis bulan November lg, tp ketua Unit Penjawatan sambung lagi kontrak selama sebulan. So, akhhir bulan ni tamatlah perkhidmatan aku di jabatan ni.

Sedih jugak rasanya nk meninggalkan pejabat ini. Walaupun aku hanya pekerja sambilan, staff2 kat sini melayan aku dengan baik sekali. Aku rasa amat bersyukur kerana diberi nikmat yg begitu luas hinggakan tidak terhitung jumlahnya. Tetapi apakan daya, aku ini manusia kerdil dan lemah. Tidak lari daripada membuat silap. Kalau ada salah silap mintak maap la ye. Harap dihalalkan segala makan dan minum..

Selepas ni aku masih xtahu di mana destinasi yang ku mahu tuju. Adakah ingin menyambung pengajianku ataupun bekerja dahulu buat sementara waktu. Diriku mengatakan aku perlu bekerja dahulu. Dalam tempoh itu aku bleh mencari pengalaman hidup bekerja disamping bleh menabung untuk masa depan.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah aku jalanMu Ya Allah. Jika keputusan ku ambil baik kepadaku, Engkau iringilah aku dan jika keputusanku tidak sesuai untuk diriku Engkau tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku. Amin Ya Rabbal 'Aalamin...

Tuesday, December 13, 2011

Gerhana Bulan

First time dalam hidup aku lihat gerhana bulan..tapi xleh nk ambik gambar bulan coz tepon xberapa power..sebelum ni pon aku xterpikir jugak cm mane gerhana bulan berlaku walaupun dah belajar sebelum ni masa sekolah menengah..Gerhana bulan berlaku apabila Bumi berada di tengah2 antara bulan dan matahari...


Oleh kerna aku xdpt ambik gambar bulan, aku sempat jugak buat eksperimen ke atas telur..org kata kalu berlaku gerhana bulan telur akan menegak..so aku cuba la letak telur atas simen rumah aku..ni la kesannya...

kat dalam bilik aku

kat luar rumah

from other side

last one...

Friday, November 4, 2011

Bulan Zulkaedah


Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida’ (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.

1hb Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.

2hb Zulhijjah

Allah telah mengkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.

3hb Zulhijjah

Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.

4hb Zulhijjah

Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik baik dan yang mulia.

5hb Zulhijjah

Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.

6hb Zulhijjah

Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.

7hb Zulhijjah

Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.

8hb Zulhijjah

Hari Tarwiyah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.

9hb Zulhijjah

Hari Arafah Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni’matku
kepadamu”.

10hb Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini. Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud. Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:”Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: “Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini”. Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun”. Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:”Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah”. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya”.

10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah Hari-hari yang diharamkan berpuasa


Saturday, October 22, 2011

Bagi MUSLIMAH yang 'BELUM' bertudung


Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.

Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Friday, September 30, 2011

My Convocation



HAi..lama xsinggah di blog ini..sudah sekian lama ku xmenghadap blog ini, sekarang aku bergelar GRaduan. Hari itu hr yg sungguh bermakna bagiku walaupun ianya berlaku sepantas lalu.. Sebelum itu xterniat di hati untuk aku hadir ke majlis konvokesyen ni.. Tp bila dipikirkan balik ini adalah peluang aku untuk berjumpa kwn2ku masa belajar di UTM (masih bukan utk konvo..hu2)..

MEmang dari awal lg aku xrancang utk hadir ke konvo ini..kedua ibu bapa ku xdpt hadir kerna sibuk dgn hal di kampung..sebelum aku konvo tu, abg ipar ku buat melenggang perut kakak aku..keesokkannya kakak ipar aku pulak yg bersalin..dpt anak sdara pompuan..hermmm..suka3..xpelah ibubapa xdpt dtg, aku xsedih pon..mmg betul sume perkara sudah tertulis, ibubapa ku xdpt dtg konvo, kak ipar aku pulak bersalin..

Xpelahh..hari konvokesyen aku ditemani kwn2ku.. Azam yg baru saja balik dr kuliah dtg utk menemani aku...terima kasih Azam..


Aku yg pakai kot tu ye..haha..yg sebelah aku tu baru Azam..hehe..dia ada setahun lg..course aku 3 tahun je..aku gred dulu ye Azam..Lepas tu kami bergambar dgn kwn2ku yg lain..Antara gambarnya kat bawah ni:


bersama saufi,azam n naqib



bersama abg senior, ihsan n prof wan azelee


bersama Azam disaksikan Hafiz




Monday, May 23, 2011

Kenangan d UTM

Akhirnya aku sudah habis blaja d UTM. Sesudah 3 tahun aku di sini, banyak perkara yang aku lalui. Banyak halangan yang aku tempuhi. Sungguh indah rasanya hidup ini bila bsama rakan2. Dr pagi ke petang aku berkuliah, tidak sabar rasanya nk kembali ke homestay nk jumpa rakan2. Pada waktu petang masa dihabiskan dengan riadah. Kalau x joging sampai tasik UTM, maen bola sepak. Tapi kadang2la aku join maen bola. Kadang2 maen badminton. Aku xpro sgt maen. Tp leh la setakat nak pukul shuttle tu. Suka maen yg double punya. Single xbest. Penat nk kejar shuttle tu ke sana sini. Kepada kawan2 yg kalah lwn dgn group aku jgnlah rasa xpuas hati lak, nasib je tu menang.

Pd malamnye pulak biasalah buat hal masing2. Ada yg study..ada yg online, ada yg tgk movie...keje aku online ngan tgk movie je...study kadang2..tu pon kalu ada esenmen, test, quiz n exam..kadang2 maen badminton gak malam2..penat tu..hbis maen makan roti canai kat fke atau N24..balik2 tido...hahaha...

Teringat aku ketika jalan2 ke luar UTM..dulu selalu pergi ke angsana, skudai parade..kadang2 sampai ke Danga Bay..berkonvo ngan motorsikal..xkata mat rempit..bukan...biasa2 je..bawak mtor macam baru dapat lesen. best maen bowling sama2..kalu ada hutang2 tu halalkan ye..manusia ni bersikap pelupa..kalu xdiingatkan xkan berbayar hutang tu..