Thursday, December 22, 2011

Tamat Kontrak

Pejam celik pejam celik dah nak habis kontrak aku kerja kat Jabatan Pelajaran Perlis ni. kejap je rasa. Sepatutnya kontrak aku habis bulan November lg, tp ketua Unit Penjawatan sambung lagi kontrak selama sebulan. So, akhhir bulan ni tamatlah perkhidmatan aku di jabatan ni.

Sedih jugak rasanya nk meninggalkan pejabat ini. Walaupun aku hanya pekerja sambilan, staff2 kat sini melayan aku dengan baik sekali. Aku rasa amat bersyukur kerana diberi nikmat yg begitu luas hinggakan tidak terhitung jumlahnya. Tetapi apakan daya, aku ini manusia kerdil dan lemah. Tidak lari daripada membuat silap. Kalau ada salah silap mintak maap la ye. Harap dihalalkan segala makan dan minum..

Selepas ni aku masih xtahu di mana destinasi yang ku mahu tuju. Adakah ingin menyambung pengajianku ataupun bekerja dahulu buat sementara waktu. Diriku mengatakan aku perlu bekerja dahulu. Dalam tempoh itu aku bleh mencari pengalaman hidup bekerja disamping bleh menabung untuk masa depan.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah aku jalanMu Ya Allah. Jika keputusan ku ambil baik kepadaku, Engkau iringilah aku dan jika keputusanku tidak sesuai untuk diriku Engkau tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku. Amin Ya Rabbal 'Aalamin...

Tuesday, December 13, 2011

Gerhana Bulan

First time dalam hidup aku lihat gerhana bulan..tapi xleh nk ambik gambar bulan coz tepon xberapa power..sebelum ni pon aku xterpikir jugak cm mane gerhana bulan berlaku walaupun dah belajar sebelum ni masa sekolah menengah..Gerhana bulan berlaku apabila Bumi berada di tengah2 antara bulan dan matahari...


Oleh kerna aku xdpt ambik gambar bulan, aku sempat jugak buat eksperimen ke atas telur..org kata kalu berlaku gerhana bulan telur akan menegak..so aku cuba la letak telur atas simen rumah aku..ni la kesannya...

kat dalam bilik aku

kat luar rumah

from other side

last one...