Tuesday, March 30, 2010

Jaulah Ke Singapura

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Bersyukur kepada allah SWT kerana perjalanan pergi dan balik ke Singapura berjalan dengan selamat. Sebenarnya program ini adalah dengan kerjasama dengan jabatan Kerohanian UPM. Tapi, atas masalah tertentu, terpaksa dibatalkan. Akan tetapi, atas keperihatinan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM, jaulah ke Singapura ini dapat diteruskan. Terima Kasih diucapkan kepada En. Nasir Bin Masroom.

Sebelum pergi ke singapura, seseorang mestilah mempunyai pasport terlebih dahulu. Ketika pasport berkumpulan ingin dibuat, aku tidak ada di Johor. waktu itu aku berada di kampung (Kelantan) kerana kakak kahwin...Alhamdulillah kakak akhirnya diijabkabulkan. aku ingatkan dah xsempat nk buat pasport berkumpulan dan decide nk buat pasport persendirian...tapi aku dapat mesej yang mengatakan pasport berkumpulan xsettle lagi... ketika itu aku xbuat lagi pasport persendirian..hebatnya Allah merancang segala sesuatu.

Seperti yang ditetapkan, pada 27 Mac 2010...aku bersama KelabIqra' dan rakan seperjuangan yang lain serta Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) bertolak ke Singapura. Kat sana kami cuma sempat mengunjungi Masjid Khadijah dan juga Masjid Sultan. Selepas itu kami berjalan-jalan di sekitar masjid yang dipenuhi dengan tempat membeli belah. Pihak HEP menyediakan duit belanja..alangkah murahnya rezeki..he2.semuanya ditanggung.

Kami diberikan taklimat tentang kehidupan saudara2 kita di Singapura. jika kita bandingkan Malaysia dgn Singapura...jauh berbeza. Umat Islam di sana adalah golngan minoriti. Mereka sangat berusaha dalam menyebarkan risalah Islam supaya Islam tidak luput ditelan zaman. Penagihan dadah di sana juga sedikit...boleh dikatakan banyak pusat2 serenti ditutup.

Bagaimana pula kita di Malaysia? Adakah kita hendak berdiam diri? Masyarakat Islam makin hari makin bertambah...betul ke? Adakah Islam kita hanya pada nama sahaja? tetapi akhlak, ibadahnya entah ke mana...Nauzubillah..

Aku juga kagum dengan sikap menderma penduduk di sana. Banyak kutipan2 tabung masjid yang dapat tiap2 minggu. Penduduk non-Muslim juga tidak lepas memberikan sumbangan. Saf tempat solat juga diinfak oleh ahli jemaah. Satu petak tempat solat sorang...bayangkan berapa petak diperlukan untuk satu masjid..banyaknya sedekah jariah yang mengalir untuk dibawa di akhirat nanti...AllahuAkbar.

Walaupun xbanyak yang dapat kongsikan di sini...Alahamdulillah dapat juga dikongsikan walaupun sedikit...InsyaAllah sem2 depan bleh la kalu nk pergi...kita tgk camne pulak suasana bulan Ramadhan di sana...Wallahu A'lam..