Tuesday, December 28, 2010

10 Muwasafat Tarbiyyah


Sering kali aku selalu alpa dengan kehidupan dunia...makin lama ku rasakan makin jauh aku lupa pada-Nya.. Namun diri ini tetap akan berusaha untuk terus buat yang terbaik..aku ingin menjadi seorang yang mempunyai ciri-ciri individu Muslim yang soheh.. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Untuk mencapai ciri-ciri individu Muslim ini aku perlu sentiasa bermujahadah..ia tidak akan tercapai dengan tiba-tiba..dan tidak juga datang bergolek di depan mata.. Diri ini harus keluar dari sangkar kegelapan.. Ayuh.. Bangkitlah wahai pemuda sekalian.. Bersamalah kita menyemai ciri-ciri individu Muslim dalam diri kita.. Destinasi yang ingin dicapai kita masih jauh...

Tuesday, November 30, 2010

Jom Mukhayyam

Saat yang ku nanti2kan..perkhemahan bersama rakan2 seperjuangan di Bumi UTM Skudai ini.. perkhemahan sebelum ini memang best..kat Mersing jugak..Teluk Gorek... Melalui program beginilah dapat meniupkan kembali semangatku yang hilang.. Sesudah habis exam, dapatlah aku "enjoy" untuk seketika...inginku buang segala kebuntuan yang ada dalam kepalaku ini..buang sejauhnya..hingga terbenam di dasar lautan...



Tak sabar rasanye..xlama dah..esok lusa je...mcm manelah agaknya mukhayyam kali ini..

Nantikanlah kemunculannya....

Wednesday, April 7, 2010

Exam.....

Habis sudah minggu study week..huhu.. study week tp xmcm study week...assgment ada satu lagi yg perlu dibuat...nasib baik lecturer baik hati....tunda tarikh hantar kepada minggu depan..camane ni....esok dah start exam...BI pulak tu...xtahulah ada apa ada dalam otak aku ni...nk cakap kosong xkosong....banyak pun xjugak...tepu ke????

Adakah kita study ni untuk exam or untuk ape....pernah kawan kata "study2...esok exam"....So, study ni bila nak exam la ye??? Marilah Kita sama2 pikir2kan kita study untuk ape....jawapan ada pada anda semua...TEPUK DADA TANYA IMAN...(^_^)...

Tuesday, March 30, 2010

Jaulah Ke Singapura

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Bersyukur kepada allah SWT kerana perjalanan pergi dan balik ke Singapura berjalan dengan selamat. Sebenarnya program ini adalah dengan kerjasama dengan jabatan Kerohanian UPM. Tapi, atas masalah tertentu, terpaksa dibatalkan. Akan tetapi, atas keperihatinan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM, jaulah ke Singapura ini dapat diteruskan. Terima Kasih diucapkan kepada En. Nasir Bin Masroom.

Sebelum pergi ke singapura, seseorang mestilah mempunyai pasport terlebih dahulu. Ketika pasport berkumpulan ingin dibuat, aku tidak ada di Johor. waktu itu aku berada di kampung (Kelantan) kerana kakak kahwin...Alhamdulillah kakak akhirnya diijabkabulkan. aku ingatkan dah xsempat nk buat pasport berkumpulan dan decide nk buat pasport persendirian...tapi aku dapat mesej yang mengatakan pasport berkumpulan xsettle lagi... ketika itu aku xbuat lagi pasport persendirian..hebatnya Allah merancang segala sesuatu.

Seperti yang ditetapkan, pada 27 Mac 2010...aku bersama KelabIqra' dan rakan seperjuangan yang lain serta Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) bertolak ke Singapura. Kat sana kami cuma sempat mengunjungi Masjid Khadijah dan juga Masjid Sultan. Selepas itu kami berjalan-jalan di sekitar masjid yang dipenuhi dengan tempat membeli belah. Pihak HEP menyediakan duit belanja..alangkah murahnya rezeki..he2.semuanya ditanggung.

Kami diberikan taklimat tentang kehidupan saudara2 kita di Singapura. jika kita bandingkan Malaysia dgn Singapura...jauh berbeza. Umat Islam di sana adalah golngan minoriti. Mereka sangat berusaha dalam menyebarkan risalah Islam supaya Islam tidak luput ditelan zaman. Penagihan dadah di sana juga sedikit...boleh dikatakan banyak pusat2 serenti ditutup.

Bagaimana pula kita di Malaysia? Adakah kita hendak berdiam diri? Masyarakat Islam makin hari makin bertambah...betul ke? Adakah Islam kita hanya pada nama sahaja? tetapi akhlak, ibadahnya entah ke mana...Nauzubillah..

Aku juga kagum dengan sikap menderma penduduk di sana. Banyak kutipan2 tabung masjid yang dapat tiap2 minggu. Penduduk non-Muslim juga tidak lepas memberikan sumbangan. Saf tempat solat juga diinfak oleh ahli jemaah. Satu petak tempat solat sorang...bayangkan berapa petak diperlukan untuk satu masjid..banyaknya sedekah jariah yang mengalir untuk dibawa di akhirat nanti...AllahuAkbar.

Walaupun xbanyak yang dapat kongsikan di sini...Alahamdulillah dapat juga dikongsikan walaupun sedikit...InsyaAllah sem2 depan bleh la kalu nk pergi...kita tgk camne pulak suasana bulan Ramadhan di sana...Wallahu A'lam..